Thursday, May 13, 2010

Cucur Udang


Bahan-bahan:


1. Tepung gandum

2. Air suam

3. Telur

4. Garam

5. Bawang besar dipotong bulat

6. Udang

7. Daun bawang (takde stok)

8. Taugeh (takde stok juga! ngeee)

9. Minyak masak

10. sos cili/tomato

11. Thousand island


Cara-cara


1. Bancuh tepung, air suam, telur. (Sukatan semua bgantung kpd diri masing2...sori!:D)

2. Bubuh garam secukup rasa dan masukkan bawang dan udang.

3. Gaul sebati dgn perlahan sehingga anda bpuashati akan bentuknya (tdk tlalu cair/pekat)..

4. Panaskan minyak dalam kuali.

5. Masukkan bancuhan mgunakan sudu/senduk bgantung pd saiz yg anda mahukan..masak dn angkat apabila ia sdh keras dn mjadi kekuningan.

6. Makan begitu saja atau dicicah instant sos/thousand island. Kalau rajin, buat kuah lada..;)


P.S Cucur sy leper sbb masak dlm frying pan kot..huhu..

Fettuccines ala Spaghetti


Bahan-bahan:


1. 125g pasta fettucines

2. 1/2 paket daging kisar

3. 1 tin kecil tomato puree Prego

4. Secukup rasa keju parmesan

5. Bbrp keping keju cowhead

6. Air

7. 1 sudu besar minyak masak

8. 1 biji bawang besar dipotong dadu

9. 1/2 kiub ayam

10. Daun parsley


Cara-cara:


1. Panaskan minyak dlm periuk saiz sederhana, tumis bawang dn daging sehingga naik baunya.

2. Setelah daging empuk, tuang tomato puree 1 tin air, kiub ayam serta masak selama 15min.

3. Ambil periuk lain, masukkan air, titiskan minyak masak or zaitun kemudian rebus fetuccines sehingga kembang.

4. Toskan fettuccines dn hidang ke dlm mangkuk.

5. Tuang sos/kuah ke atasnya...taburkan keju parmesan dn letakkan daun parsley, keju cowhead. Hidangkan!:)


P.S Boleh juga masukkan keju siap2 semasa memasak sos/kuah.

Kuey Teow Goreng


Bahan-bahan:

1. 3 sudu besar minyak masak
2. 5 sudu besar pes bawang merah, bawang putih dn ikan bilis
3. fillet ayam (potong kecil)
4. udang
5. sayur sawi
6. buah tomato
7. secukup rasa sos tiram, kicap masin dn sos tomato
8. Air
9. 1 biji telur

Cara-cara:

1. Panaskan minyak di dlm kuali dn tumiskan pes.
2. Setelah naik bau, masukkan fillet ayam, batang sayur sawi dn sedikit air..
3. Agak-agak ayam mulai empuk, masukkan telur, sos tiram, kicap masin dan sos tomato secukup rasa. Gaul sebati..
4. Masukkan kuew teow, udang n buah tomati. Gaul sebati.
5. Rasa, klu pd anda masih tawar, boleh tambah garam...;)