Saturday, June 12, 2010

Pajeri Nenas


Bahan-bahan:


Pes bawang putih, merah

1 biji nenas Joserphine (saiz kecil, dikupas dn dipotong membulat)

250ml santan kelapa

Sedikit Air asam jawa/ sekeping asam

1 cawan serbuk kari (dibancuh dgn air)

4 sekawan (kayu manis, bunga kelawang, biji cengkih n buah pelaga)

3 sudu besar minyak masak

Air

Garam secukup rasa


Cara-cara:


1. Panaskan minyak, tumis pes bawang putih, merah, bancuhan serbuk kari dn 4 sekawan.

2. Masukkan nenas yg tlh dipoton dan gaul seketika.

3. Tuangkan santan kelapa, air, air asam jawa/asam keping dn kacau lg.

4. Masak hga mdidih (kbh krg 1 jam) / lihat shga ia mcapai thp kepekatan yg anda inginkan.:)

5. Masukkan secukup garan dn rasa sebelum ia dihidangkan.


P.S Ini salah satu masakan kegemaran sy!;)

The Simple Kerabu Mangga


Bahan-bahan:


1 biji mangga muda

1 biji asam pelam/mempelam

1 labu bawang besar

1 biji lada merah

1/2 sudu kecil serbuk belacan

Secukup rasa gula, garam


Cara-cara:


1. Hiris mangga, asam, bawang dn lada.

2. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk

3. Gaul semua hga sebati

4. Tabur serbuk belacan, gula dn garam secukup rasa.

5. Gaul lagi biar mesra kesemuanya dn rasa sblom dihidangkan.


P.S Yummy..slmt mcuba!;)

Ala English Breakfast


Bahan-bahan:


2 keping roti putih

1 tin kecil baked beans

6 biji kentang (di potong/hiris)

3 biji telur

Sos, thousand islands


Cara-cara:


1. Goreng telur smbl hancurkan nya dgn api yg perlahan.

2. Goreng kentang dgn api perlahan.

3. Masak baked bean seketika (10min)

3. Hidangkan bsama roti, sos dn thousand island.


P.S Anak sy suka btul mkn english bfast ni! klu ada sausage, nugget pun bley juge..:)

Thursday, May 13, 2010

Cucur Udang


Bahan-bahan:


1. Tepung gandum

2. Air suam

3. Telur

4. Garam

5. Bawang besar dipotong bulat

6. Udang

7. Daun bawang (takde stok)

8. Taugeh (takde stok juga! ngeee)

9. Minyak masak

10. sos cili/tomato

11. Thousand island


Cara-cara


1. Bancuh tepung, air suam, telur. (Sukatan semua bgantung kpd diri masing2...sori!:D)

2. Bubuh garam secukup rasa dan masukkan bawang dan udang.

3. Gaul sebati dgn perlahan sehingga anda bpuashati akan bentuknya (tdk tlalu cair/pekat)..

4. Panaskan minyak dalam kuali.

5. Masukkan bancuhan mgunakan sudu/senduk bgantung pd saiz yg anda mahukan..masak dn angkat apabila ia sdh keras dn mjadi kekuningan.

6. Makan begitu saja atau dicicah instant sos/thousand island. Kalau rajin, buat kuah lada..;)


P.S Cucur sy leper sbb masak dlm frying pan kot..huhu..

Fettuccines ala Spaghetti


Bahan-bahan:


1. 125g pasta fettucines

2. 1/2 paket daging kisar

3. 1 tin kecil tomato puree Prego

4. Secukup rasa keju parmesan

5. Bbrp keping keju cowhead

6. Air

7. 1 sudu besar minyak masak

8. 1 biji bawang besar dipotong dadu

9. 1/2 kiub ayam

10. Daun parsley


Cara-cara:


1. Panaskan minyak dlm periuk saiz sederhana, tumis bawang dn daging sehingga naik baunya.

2. Setelah daging empuk, tuang tomato puree 1 tin air, kiub ayam serta masak selama 15min.

3. Ambil periuk lain, masukkan air, titiskan minyak masak or zaitun kemudian rebus fetuccines sehingga kembang.

4. Toskan fettuccines dn hidang ke dlm mangkuk.

5. Tuang sos/kuah ke atasnya...taburkan keju parmesan dn letakkan daun parsley, keju cowhead. Hidangkan!:)


P.S Boleh juga masukkan keju siap2 semasa memasak sos/kuah.

Kuey Teow Goreng


Bahan-bahan:

1. 3 sudu besar minyak masak
2. 5 sudu besar pes bawang merah, bawang putih dn ikan bilis
3. fillet ayam (potong kecil)
4. udang
5. sayur sawi
6. buah tomato
7. secukup rasa sos tiram, kicap masin dn sos tomato
8. Air
9. 1 biji telur

Cara-cara:

1. Panaskan minyak di dlm kuali dn tumiskan pes.
2. Setelah naik bau, masukkan fillet ayam, batang sayur sawi dn sedikit air..
3. Agak-agak ayam mulai empuk, masukkan telur, sos tiram, kicap masin dan sos tomato secukup rasa. Gaul sebati..
4. Masukkan kuew teow, udang n buah tomati. Gaul sebati.
5. Rasa, klu pd anda masih tawar, boleh tambah garam...;)

Sunday, April 25, 2010

Mee Bandung Muar


Bahan-bahan:


1 sudu besar minyak masak

1 paket perencah mee bandung maharani

2. 7 gelas air rebusan daging

3. 500g daging batang pinang

4. Secekak sayur sawi

5. 2 biji tomato

6. 4 biji telur

7. 1kg mee kuning (direbus dn ditos)



Bahan-bahan:


1. Rebuskan daging terlebih dahulu, kemudian masukkan air rebusan ke dalam kuali/periuk besar.


2. Panaskan minyak masak setika kemudian tumiskan perencah mee bandung maharani sehingga cair dan naik baunya.


3. Tuangkan 7 gelas air dan masukkan daging, sayur sawi, tomato. Masak kuah sehingga mendidih..(Tambah air klu tidak mahu kuah mjadi tlalu pekat..sy suka pekat2.:))


4. Akhir sekali, Rendam kan telur satu persatu di dalam kuah mee agar telur tidak hancur..(kene sabar, sy buat salu je hancur..klu hancur tade masalah..sedap juga!:P)


5. Hidangkan mee kuning ke dalam mangkuk dan tuangkan kuah mee bandung ke atas nya...mmmm yummy!!:D


* 1 paket perencah mee bandung maharani bley dihidangkan smpi 6-8 org..Sbg Muarian, perencah mee bandung Maharani adalah yg terbaekkk...klu nk cuba..bley order ngan sy, sy bley tlg belikan..;)


* 1 paket hanya rm8 tdk tmasuk kos phantaran..:)