Sunday, April 25, 2010

Mee Bandung Muar


Bahan-bahan:


1 sudu besar minyak masak

1 paket perencah mee bandung maharani

2. 7 gelas air rebusan daging

3. 500g daging batang pinang

4. Secekak sayur sawi

5. 2 biji tomato

6. 4 biji telur

7. 1kg mee kuning (direbus dn ditos)



Bahan-bahan:


1. Rebuskan daging terlebih dahulu, kemudian masukkan air rebusan ke dalam kuali/periuk besar.


2. Panaskan minyak masak setika kemudian tumiskan perencah mee bandung maharani sehingga cair dan naik baunya.


3. Tuangkan 7 gelas air dan masukkan daging, sayur sawi, tomato. Masak kuah sehingga mendidih..(Tambah air klu tidak mahu kuah mjadi tlalu pekat..sy suka pekat2.:))


4. Akhir sekali, Rendam kan telur satu persatu di dalam kuah mee agar telur tidak hancur..(kene sabar, sy buat salu je hancur..klu hancur tade masalah..sedap juga!:P)


5. Hidangkan mee kuning ke dalam mangkuk dan tuangkan kuah mee bandung ke atas nya...mmmm yummy!!:D


* 1 paket perencah mee bandung maharani bley dihidangkan smpi 6-8 org..Sbg Muarian, perencah mee bandung Maharani adalah yg terbaekkk...klu nk cuba..bley order ngan sy, sy bley tlg belikan..;)


* 1 paket hanya rm8 tdk tmasuk kos phantaran..:)

Tuesday, April 13, 2010

Tom Yam Seafood Adabi


Bahan-bahan


1 ulas bawang putih

1 labu bawang besar

1 batang serai

Beberapa daun limau purut

1 paket pes tom yam adabi

6 gelas air
secawan cauliflower dan baby corn

1 paket fillet ayam (dicuci dn dipotong kecil)

200g udang (rebus asing dn toskan)

300g sotong

Garam secukup rasa


Cara-cara:


1. Sediakan periuk, tuangkan air kedalamnya dan masuk kn pes tom yam serta panaskan api.

2. Ketuk bawang putih dan serai kemudian masukkan ke dalam periuk..

3. Masukkan ayam dan sotong dn rebus sehingga sotong mulai kembang..

4. Masukkan cauliflower, babycorn, daun limau purut dan bawang besar

5. Apabila mendidih, baru masukkan udang yg tlh direbus asing dn ditos tlebih dahulu.

6. Letakkan garam dn kacau lagi.

7. Apabila sdh bpuas hati akan rasanya, angkat dn hidangkannya.:)

P.S Bley juga masukkan hirisan cili padi jika mahukan rasa pedas/pedar..:D

Ikan Siakap Bakar


Bahan-bahan:


1 ekor ikan siakap

Sedikit garam

Salad


Bahan Kuah kicap berlada:


5-7 biji cili api (dihiris)

1 labu bawang besar (dihiris/ptg bulat)

Kicap masin

1 biji limau kasturi


Cara-cara:


1 Siang dn belah ikan dn pastikan jgn tputus..cuci bersih

2. Lumurkan dgn secukup garam

3. Bakar dlm oven pd suhu 200darjah selama 15-20min..(tpulang pd oven masing2, jgn overcook. ;))

4. Hidangkan dgn salad, sambal kicap, n sambal belacan..:)


Cara-cara membuat sambal kicap:


1. Masukkan cili dn bawang ke dlm mangkuk

2. Tuangkan kicap masin secukupnya

3. Perahkan limau kasturi ke dlm nya..

4. Hidangkan..

Sayur Campur


Bahan-bahan:


1 ulas bawang putih

1 biji broccoli saiz sederhana

1/2 biji cauliflower

1 mangkuk baby carrot

4-6ekor sotong

1 biji lada merah

1 biji lada hijau

2 tbs tepung jagung

Secukup rasa sos tiram

3 tbs mnyak masak

Air

Cara-cara:


1. Cuci bersih dn potong hiris kesemua sayur-sayuran dn sotong.

2 Tumis bawang putih sehingga naik baunya. Kemudian masukkan sotong dn goreng seketika..

3. Agak2 sotong mulai kembang, masukkan pula kesemua sayur-sayuran..kacau rata kesemuanya dlm 5-10min shj..

4. Bancuh tepung jagung dgn air dan campurkan sekali sos tiram. Tuangkan ke dlm kuali..Gaul mesra kesemuanya sehingga sebati..

5. Hidang!

Wednesday, April 7, 2010

Puding Cocktail


Bahan-bahan:


1/2 paket strip jelly

1 tin syrup cocktail

1 senduk gula halus

4 sudu besar tepung kastard

2 gelas susu full cream

4 gelas air



Cara-cara:


1. Tuangkan 4gelas air ke dalam periuk, masukkan jelly dan rebuskan nya..kacau sehingga ia larut.

2. Dalam mangkuk yg berasingan, masukkan tepung kastard, susu dan gula...kacau sehingga sebati dan sehingga warna btukar kpd kuning sekata.

3. Apabila jelly telah larut, tuangkan kuah castard ke dlmnya..kacau ia biar mesra dan kemudian masukkan cocktail dn sirapnya sekali..Kacau lg sehinnga mendidih ala2 volcano..:D

4. Akhir sekali tuang dlm bekas acuan..tunggu sehinnga sejuk barula dimasukkan ke dalam peti ais semalaman

4. Hidangkan bserta dengan instant whipcream dn hirisan buah strawberi segar..


Hmm, yum2..;)
P.S Resepi drpd my beloved sis in law..Thnks Kak!:))

Cheesy Beef Pasta


Bahan-bahan:


75g pasta shapes

1/2 cawan daging cincang

5 btg baby carrot (dipotong dadu)

2 slices of cheese

grated mozarella

1/2 kiub ayam

6 gelas air


Cara-cara:


1. Rebus pasta sehingga lembut..toskan ia dan asingkan.

2. Rebus pula daging sehingga empuk dn masukkan carrot, kiub ayam, rebus lagi 10-15minit (jgn tlalu lama, ditakuti carrot lembik)

3. Gaulkan bahan 1 & 2 hingga sebati dn sediakan mangkuk foil, masukkan kesemuanya ke dlm foil.

4. Letakkan cheese dn mozarella di ats permukaan pasta.

5. Bakar dlm oven pd suhu 160darjah celcius selama 20min..(bgantung pd oven masing2..) :)