Wednesday, March 31, 2010

Lasagnia


Bahan-bahan:


1 kotak lasagnia sheet

500g daging cincang

250g keju mozarella

1 tin tomato puri

1 cawan keju parmesan (sy guna slice cheese cowhead)

2 sudu besar minyak zaitun

1 ulas bawang putih (potong dadu)

1 biji bawang besar (potong dadu)

1 sudu besar mentega

1 sudu marjaron kuning (discarded sbb tk pst apa dianya ;p sape tahu, pls let me know k! tq)

1 sudu kecil basil

1 sudu kecil oregano

1/2 cawan air


Cara-cara:


1. Didihkan satu periuk air. Masukkan minyak zaitun dan kepingan lasagnia. Rebus sehingga lembut. Toskan lasagnia ini dan gaulkan dengan sedikit minyak zaitun. Ketepikan (Agak susah sket proses ni, kene sabar dn bhati-hati. klu tak nti kepingan2 tu melekat antara satu sama lain)


2. Panaskan mentega dalam periuk. Tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga naik baunya.


3. Masukkan daging cincan, tomato puri, basil, oregano, air dan marjoran. Masak selama 20minit.


4. Sapukan minyak zaitun/mentega pada dulang bakar empat persegi. Susun lasagnia sheet dn lapiskan dengan inti kuah dan sedikit keju parmesan. Ulang proses ini sehingga penuh dulang bakar. Bahagian atas sekali taburkan dengan keju mozarella.


5. Bakar dalam oven selama 30minit pada suhu 190 degree celcius..


P.S Resepi diambil daripada Buku Aneka Masakan Barat (Alaf21 Sdn. Bhd.)


Wednesday, March 24, 2010

Mee Hoon Goreng ZaRis


Bahan-bahan


1 paket mee hoon

5 sudu besar minyak kelapa

7 sudu besar pes bawang putih dan merah

5 sudu besar pes ikan bilis

5 sudu besar sos tiram maggi

3 sudu sos tomato maggi

3 biji telur

1/2 cawan kicap masin cap kipas udang

250g or separuh paket daging lembu cincang Ramly

Sayur sawi (sy xltk harini sbb kehabisan stok :D)

Secubit garam halus

Setengah kiub pati ayam


Cara-cara:


1. Panaskan minyak di dalam kuali besar dgn api yg besar. Tumiskan pes bawang putih, bwg merah dan ikan bilis sehinnga kekuning2an dan naik baunya.


2. Baru masukkan daging lembu cincang dan kacau sehingga daging mulai keras dan empuk. Kemudian masukkan sos tiram, sos tomato, kicap masin serta sebiji telur ke dalamnya, gaul mesra kesemuanya sehingga sebati.


3. Masukkan secubit garam, kiub pati ayam dan rasa. Agak2 dh berpuas hati baru kecilkan api dn masukkan mee hoon yg tlh di rendam dn di toskan tlebih dahulu..dan kacau-ratakan mee hoon bsama2 bhn2 td selama 10-15min. (Ni bgantung kpd kekuatan tgn masing2..:D)


4. Goreng 2 biji telur sebagai lauk sampingan..Hidangkan!


P.S Kalau nak pedas, hanya hiriskan lada merah, hijau atau jeruk lada..juga bawang goreng! :)




Monday, March 22, 2010

Sup Ayam



Bahan-bahan:

5 sudu besar minyak kelapa
2 inci halia

1 bunjut sup adabi

1 labu bawang besar

3 ulas bawang putih

5 biji bawang merah

4 sekawan (kayu manis, jintan, bunga lawang n cengkih)

4-6 ketul daging ayam

2 biji kentang

1 tangkai daun bawang/sup

Air

Bawang goreng
Garam/kiub ayam


Cara-cara:


1. Ambil periuk yang bersaiz sederhana, masukkan daging ayam yg telah dicuci bersih. Isikan secukup air dan rebusnya sekali dengan kentang. (20minit)

2. Masukkan sup bunjut, bawang besar yg tlh dipotong kpd empat dan halia yang tlh dihiris. Tutup periuk dan biar sehingga mendidih atau daging dan kentang mulai empuk.

3. Panaskan minyak di dlm kuali. Tumis bawang putih, bawang merah yg tlh dihiris bersama-sama 4 sekawan tadi. apabila naik bau dan warnanya bertukar agak kekuning-kuningan, angkat dan tuang ke dlm periuk.

4. Kacau sebati dan biarkan dlm 10minit sebelum meletakkan 1/3 drpd kiub ayam serta secukup garam.

5. Hidang dan taburkan hirisan daub bawang/sup serta bawang goreng. Enak di makan panas2 bsama nasi, telur goreng, sambal belacan atau budu.;)

P.S Resepi drpd bonda tercinta. Tq mak! (tp ttp yg mak masak lg sedap! ;))

Thursday, March 18, 2010

Kentang Goreng Black Pepper



Bahan-bahan:

4 biji kentang besar (Cuci, kupas kulit dn potong ikut sukahati)

5-6 keping nugget/sausage (Goreng tlbih dahulu)

6-8 sudu besar black pepper sauce

Secukup rasa black pepper powder

Secukup rasa kicap manis cap kipas udang


Cara-cara:

1. Panaskan minyak ke dlm kuali, gorengkan kentang pd api yg sederhana.

2. Agak-agak kentang mulai garing, masukkan nugget/sausage yg telah digoreng, black pepper sauce dan kicap manis serta kacau perlahan2 sehingga mesra kedua-duanya selama 5-10minit.

3. Kemudian taburkan black pepper secukupnya dan rasa, tabur lagi sehingga anda puas hati akn rasanya.;)

4. Hidangkan. Boleh dimakan begitu sahaja, dengan nasi atau dicicah dengan roti..:)


P.S Resepi asal daripada Atie, my future sis in law...Tq Atie..(along modify sket.;))

Wednesday, March 17, 2010

Bayam Masak Lemak

Pic credit by Ishamizu.

Bahan-bahan:


2 sudu besar Pes bawang putih dan bawang merah

3 sudu besar Pes ikan bilis

1 kotak kecil santan kelapa

1 setengah gelas air

1 biji kentang

2 ikat sayur baby bayam

2 sudu besar minyak kelapa

Secukup rasa garam halus


Cara-cara:


1. Panaskan minyak kelapa dlm periuk sederhana besar, tumiskan pes bawang putih, bawang merah dan ikan bilis sehingga naik bau.


2. Masukkan 1 kotak kecil santan kelapa dan kacau sekejap dan biarkan sehingga mendidih.


3. Tuang 1 setengah gelas air ke dalam periuk dn potong kentang kpd 4-6 bahagian dan masukkannya ke dlm periuk dan biarkan sehingga empuk.


4. Kemudian baru masukkan batang dan sayur baby bayam yg telah dicuci bersih tdahulu dn kacau perlahan-lahan selama 10-15minit sahaja.


5. Akhir sekali, hidangkan dgn nasi, ikan goreng atau boleh di makan begitu sahaja. Macam makan sup..;)