Bahan-bahan:
2 sudu besar Pes bawang putih dan bawang merah
3 sudu besar Pes ikan bilis
1 kotak kecil santan kelapa
1 setengah gelas air
1 biji kentang
2 ikat sayur baby bayam
2 sudu besar minyak kelapa
Secukup rasa garam halus
Cara-cara:
1. Panaskan minyak kelapa dlm periuk sederhana besar, tumiskan pes bawang putih, bawang merah dan ikan bilis sehingga naik bau.
2. Masukkan 1 kotak kecil santan kelapa dan kacau sekejap dan biarkan sehingga mendidih.
3. Tuang 1 setengah gelas air ke dalam periuk dn potong kentang kpd 4-6 bahagian dan masukkannya ke dlm periuk dan biarkan sehingga empuk.
4. Kemudian baru masukkan batang dan sayur baby bayam yg telah dicuci bersih tdahulu dn kacau perlahan-lahan selama 10-15minit sahaja.
5. Akhir sekali, hidangkan dgn nasi, ikan goreng atau boleh di makan begitu sahaja. Macam makan sup..;)

4 comments:
wow, mrs ishamizu pandai masak...wan, nape resipi ko byk guna minyak kelapa eh?minyak kelapa yg mana ni, yg masak seniri ke?
resepi ni dlm pantang boleh makan kan izu?
Yus
ko kn tau aku xpndi msk antara kte sume..sjk kawen n dok kt uk dulu tula br nk bljr masak.kaka.Nway, aku/family aku pgil minyak masak tu minyak kelapa..bkn minyak masak seniri..rajinnya aku!:p
Yus, klu nk sht lg pki minyak sunflower ke, corn ke olive ok? aku sesekali je pki minyak2 ni sbb mahal la..:)
Er Hadha, im not so sure la Hadha sbb guna santan klp kn..ada org xmkn. tp izu dlu belasah je..hihi..
Post a Comment